Monday, January 19, 2009

Lawatan Ketua Pengakap Negara Ke Kedah Darul Aman

19 Januari 2009
9.00 pagi: Bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Encik Zakaria Md. Lazim lapur diri di Hotel Sri Malaysia. Disambut oleh Tuan Nasa, Tuan Ridwan & Tuan Haji Ahmad Abbas

9.15 pagi: Ambil surat siaran berkenaan Kursus Kembar tanggal 29 Januari di BTM, 8.15 pagi

Read more...

Monday, January 12, 2009

SELAMAT TAHUN BARU - 2019

Assalamualaikum,
Salam sejahtera buat semua...

Selamat tahun baru

Januari telah berlalu pergi hari ini Rabu 13 Februari 2019
di SMK Mahsuri. 

Pengakap SMK Mahsuri telah mengikuti dua program yang dianjurkan oleh Pengakap Daerah Langkawi:
1.   Ujian Lencana Jaya
2.   Ujian Sikap Pengakap Raja
Lima calon dihantar untuk mengikuti program berkenaan...

Salam Sejahtera Salam Pengakap,

2013 menjelma, kita bersama tempuhinya dengan berbagai azam, hasrat dan cita-cita; adakah semua yang kita rancang pada tahun 2012 yang lalu telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kejayaan.

21 hingga 25 Mac, 2012 suatu tarikh keramat untuk membina semangat berpengakap; mengambil keputusan untuk hadir di KURSUS PENTARAFAN PENTARAF PENGAKAP RAJA PERINGKAT KEBANGSAAN di Kem Jubli Intan, Tanjong Laboh, Johor. Alhamdulillah berjaya sampai menggondol Anugerah Peserta Terbaik keseluruhan. Syukur pada Allah, terima kasih pada semua.

Proses pembelajaran perlu diteruskan. Gagal tidak semestinya akan terus gagal untuk selama-lamanya. Saya akan terus bangun kerana berpandukan kepada pepatah / nasihat orang tua gagal adalah bagi orang yang tidak terus bangun.

Manusia ada kelemahan, lagi banyak kita berusaha untuk mempelajari sesuatu semakin jelas dan tempak akan kelemahan itu. Biar saya berjaya dalam kerjaya yang saya pelopori kini.

Selamat Maju Jaya - rakan anda: 9w2obc

Read more...

Saturday, August 16, 2008

Kenduri Oh Kenduri

Hari ini dah bermula yang dikatakan "demam kenduri kendara". Bermula dari pagi 16 Ogos, 2008 saya teringat akan jemputan dari Abang Bahadon dan Kak Ani yang mengunjungi rumah membawa jemputan majlis akad nikah puterinya. Disamping itu rakan guru di sekolah ada menjemput ke rumah bondanya di taman sebelah balai bomba.

Selepas sarapan dan terus menghantar harmonik ke Kolej MARA Kuala Nerang; depan tu saja satu km lebih kurang bersama dengan anak rakan. Ada ceramah teknik menjawab soalan FIZIK bermula dari jam 0900 hingga 1200 tengahari.

Pulang ke rumah aktiviti macam biasa, merehatkan diri dan jam 1200 terus ke Kolej. Bila sampai sambil monitering rakan-rakan hem yang berqso h/p berdering harmonik bagitau belum selesai lagi.

Jam 1230 baru selesai dan pi ambil harmonik dan lihat dihujung taman sana dah ada rakan yang berkumpul tidak berapa ramai. Sampai di rumah terus beritahu harmonik abah pi makan dulu hampa pi kemudian. Apa lagi makan dengan berselera la.

Kenduri kedua tidak dapat disempurnakan kerana hujan, keletihan. Harap maaf.

Read more...

16 OGOS 1991 DAN PUTERI SULONG

Disuatu subuh yang hening sudah menjadi kebiasaan aku akan ke tingkap wad di mana tempat menginapnya xylku untuk bertanya khabar dan membeli kueh untuk sarapan pagi. Dia tiada di katil, terkejut kerana sebelum itu tiada apa tanda. Bergegas ke kaunter berkebetulan petugas masih ku ingat namanya YASMIN memberitahu xyl dah bersalin. Alhamdulillah syukur pada ALLAH atas limpah dan kurniaNya xyl dan baby sihat. Istimewa di Hospital Besar Kangar (Kini Hospital Tunku Fauziah kalau tak silap; kalau silap tolong perbetulkan - Tuan Haji Md Akhir (9w2OOL) ada ruang antara wad bersalin dan wad menunggu dihadapan tangga kita diberi peluang untuk qamad (baby perempuan) kepada bapak-bapak yang baru menerima baby. Tahniah kepada pihak pengurusan hospital atas kemudahan ini. Terlalu gumbiranya tak terkata; baby di namakan FARAH WAHIDA BINTI OSMAN, puteri sulong abah dan ummi.

Hari ini adalah hari ulang tahun ke 17 kak long, terima kasih kerana kak long cuma minta novel herry porter yang harganya tak seberapa. Kak long faham dengan kewangan abah; banyak perkara lain yang perlu diutamakan.

Teruskan usaha kerana tahun ini adalah tahun peperiksaan:- Kak Long SPM, Kak Ngah PMR, Kak Lang UPSR dan Adik Periksa bulanan tu kenalah cemerlang.

Selamat maju jaya dan terus berjaya buat semua anak-anak.

Read more...

MONITORING, EYEBALL, QSO & SCOUTING

Setelah memperolehi lesen radio amatur yang dihantar oleh Saudara 9w2mis pada suatu petang; itu adalah eyeball pertama dengan beliau kerana sebelum ini kita belum pernah berqso. Seingat saya perkenalan pertama kita pada hari kenduri masuk rumah yang berkebetulan kita adalah jiran setaman.

Bila dah dapat lesen seorang demi seorang dari rakan kita beli radio. Saya beli dari rakan di Alor Star setelah diperkenal oleh rakan radio 9w2crm. Secara kebetulan pada hari tu ada kursus kawad kaki di sk taman aman. Saudara 9w2usf, terima kasih kerana mengajar cara untuk setting radio kerana selepas tu saya terpaksa pusing butang radio tu untuk belajar setting frekuensi. Hari ini masih lagi belajar.

Bagai nak rak setelah dapat radio, best nye dapat berqso dengan rakan. Rakan pertama yang memanggil sudah tentu 9w2crm yang telah sampai ke sk taman aman. Dia jemput saya ke kursus berkenaan. Saya terpaksa menolak kerana rutin harian saya untuk ambil xyl dan harmonik di sekolah belum terlaksana.

Eye ball perdana; saya bersama dengan 9w2ypt ke laguna merbok untuk bertemu dengan rakan hem sempena dengan mesyuarat agong ASTRA. Dapat daftar sebagai ahli ASTRA; dah dapat kad keahlian (no. ahli 1364).

Kelab Radio Amatur Padang Terap telah ditubuhkan. Seronok dapat jadi ahli dan selalu berqso dengan rakan-rakan di frekuensi 146400 pada setiap malam.

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP