Saturday, August 16, 2008

MONITORING, EYEBALL, QSO & SCOUTING

Setelah memperolehi lesen radio amatur yang dihantar oleh Saudara 9w2mis pada suatu petang; itu adalah eyeball pertama dengan beliau kerana sebelum ini kita belum pernah berqso. Seingat saya perkenalan pertama kita pada hari kenduri masuk rumah yang berkebetulan kita adalah jiran setaman.

Bila dah dapat lesen seorang demi seorang dari rakan kita beli radio. Saya beli dari rakan di Alor Star setelah diperkenal oleh rakan radio 9w2crm. Secara kebetulan pada hari tu ada kursus kawad kaki di sk taman aman. Saudara 9w2usf, terima kasih kerana mengajar cara untuk setting radio kerana selepas tu saya terpaksa pusing butang radio tu untuk belajar setting frekuensi. Hari ini masih lagi belajar.

Bagai nak rak setelah dapat radio, best nye dapat berqso dengan rakan. Rakan pertama yang memanggil sudah tentu 9w2crm yang telah sampai ke sk taman aman. Dia jemput saya ke kursus berkenaan. Saya terpaksa menolak kerana rutin harian saya untuk ambil xyl dan harmonik di sekolah belum terlaksana.

Eye ball perdana; saya bersama dengan 9w2ypt ke laguna merbok untuk bertemu dengan rakan hem sempena dengan mesyuarat agong ASTRA. Dapat daftar sebagai ahli ASTRA; dah dapat kad keahlian (no. ahli 1364).

Kelab Radio Amatur Padang Terap telah ditubuhkan. Seronok dapat jadi ahli dan selalu berqso dengan rakan-rakan di frekuensi 146400 pada setiap malam.

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP