Saturday, August 16, 2008

16 OGOS 1991 DAN PUTERI SULONG

Disuatu subuh yang hening sudah menjadi kebiasaan aku akan ke tingkap wad di mana tempat menginapnya xylku untuk bertanya khabar dan membeli kueh untuk sarapan pagi. Dia tiada di katil, terkejut kerana sebelum itu tiada apa tanda. Bergegas ke kaunter berkebetulan petugas masih ku ingat namanya YASMIN memberitahu xyl dah bersalin. Alhamdulillah syukur pada ALLAH atas limpah dan kurniaNya xyl dan baby sihat. Istimewa di Hospital Besar Kangar (Kini Hospital Tunku Fauziah kalau tak silap; kalau silap tolong perbetulkan - Tuan Haji Md Akhir (9w2OOL) ada ruang antara wad bersalin dan wad menunggu dihadapan tangga kita diberi peluang untuk qamad (baby perempuan) kepada bapak-bapak yang baru menerima baby. Tahniah kepada pihak pengurusan hospital atas kemudahan ini. Terlalu gumbiranya tak terkata; baby di namakan FARAH WAHIDA BINTI OSMAN, puteri sulong abah dan ummi.

Hari ini adalah hari ulang tahun ke 17 kak long, terima kasih kerana kak long cuma minta novel herry porter yang harganya tak seberapa. Kak long faham dengan kewangan abah; banyak perkara lain yang perlu diutamakan.

Teruskan usaha kerana tahun ini adalah tahun peperiksaan:- Kak Long SPM, Kak Ngah PMR, Kak Lang UPSR dan Adik Periksa bulanan tu kenalah cemerlang.

Selamat maju jaya dan terus berjaya buat semua anak-anak.

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP